PUSAT RAWATAN ISLAM QALBUN ASRAR

Lot 1085, Desa Rebana, Machang, Kelantan
Assalamua'laikaya Rasulullah, Nabiyyalllah,Muhammad bin A'bdillah, khotamalanbiya iwalmursalin wa'alalmala ikatilmuqarrobin, wasshuhada iwassolihin, wa'ala ahlittoatikaya arhamarrohimin.

Alhamdulillah..Semoga kalian dimuliakan dan dikekalkan Rahmatnya yang mengikuti blog yang tidak seberapa ini.


Tanda Kita Mencintai Rasulullah

A/  BERADAB DENGAN RASULULLAH
Firman Allah S.W.A bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai    (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasul-Nya dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ( surah a-hujuraat, ayat 1 )

Firman Allah S.W.A bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul diantara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. ( surah an-Nur: ayat 63 )

B/ MENTAATI RASULULLAH S.A.W
Firman Allah S.W.A bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu. ( surah Muhammad : ayat 33 )

Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad),taatilah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu,jika kamu berpaling(menderhaka) maka sesungguhnya Alllah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (surah al Imran- ayat 32)

C/ BERSOLAWAT KE ATAS JUNJUNGAN RASULULLAH S.A.W
Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatnya bersolawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi S.A.W, wahai orang-orang yang beriman, bersolawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.( surah al-ahzab-ayat 56 ).
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku tetapi tidak bersolawat kepadaku sekali maka Allah akan solawat kepadanya sepuluh kali. ( Riwayat Muslim.

D/ MENGASIHI RASULULLAH S.A.W
Firman Allah Taala bermaksud : Katakanlah ( wahai Muhammad ): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. ( surah ali-Imran- ayat 31 )

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud : Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku ( Rasulullah s.a.w ) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. ( riwayat Bukhari dan Muslim )

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud : Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah Taala dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada pekara lain. ( riwayat Bukhari dan Muslim )

E/  MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH S.A.W
Firman Allah Taala bermaksud : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu diri Rasullah itu conth ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentisa mengharap ( keredhaan ) Allah Taala dan ( balasan baik ) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak -banyak ( susah dan senang ) - Surah al-Ahzab: ayat 21 )

Sabda Rasullah S.A.W bermaksud : Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bida'ah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. ( Riwayat Al-Tarmizi dan Ibnu Majah )

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer