PUSAT RAWATAN ISLAM QALBUN ASRAR

Lot 1085, Desa Rebana, Machang, Kelantan
Assalamua'laikaya Rasulullah, Nabiyyalllah,Muhammad bin A'bdillah, khotamalanbiya iwalmursalin wa'alalmala ikatilmuqarrobin, wasshuhada iwassolihin, wa'ala ahlittoatikaya arhamarrohimin.

Alhamdulillah..Semoga kalian dimuliakan dan dikekalkan Rahmatnya yang mengikuti blog yang tidak seberapa ini.


Pha ilallahilmushtaka wallahil musta'an

0 ulasan

" Ya Allah Ya Tuhan kami, dengan berkat kemuliaan kekasihmu insan yang tiada tara , jadikanlah kami hambamu yang mengasihi kekasih dan kekasih-kekasihmu dan di cintai kekasih dan kekasih-kekasihmu dan kasihanilah hambamu ini duhai Yang Maha Pengasih."

'' Ya Allah, bukakanlah bagi kami segala rahsia kalamMu agar kami dapat mengambil manfaatnya. Limpahkanlah kurnia Rahmatmu, wahai Tuhan Pemberi Rahmat.

Ya Allah, masukkanlah kami di dalam golongan orang-orang yang selalu mengingatiMu, yang mensyukuri segala nikmat yang Engkau limpahkan ke atas kami "Amin..



Penyembuhan dan pemulihan yang di sarankan oleh Pusat Rawatan Qalbun Asrar ialah sepertimana yang syorkan dari nas Al-Quran, Al Sunnah Nabi SAW dan warisan ulamak perubatan Islam. Panduan dari Al Quran dan Al Sunnah ini adalah panduan yang di wahyukan, ianya sebagai satu alternatif penyembuhan yang sangat berkesan sesuai dengan manusia yang diciptakan oleh Allah SWT. Pusat Rawatan Qalbun Asrar juga merujuk kepada perubatan alternatif lain yang tidak bercanggah dengan Islam. Perkara pokok yang ditekankan dalam kaedah Rawatan Qalbun Asrar ialah:
1) Penyembuhan dan Pemulihan Spiritual
2) Ruh serta keimanan
3) Penyembuhan dan pemulihan bermula dengan diri sendiri
4) Rasulullah sebagai utusan dari Allah swt

Perkhidmatan yang di sediakan:-

RAWATAN UMUM

Gangguan makhluk halus/jin ,Sihir , Ilmu Hitam
Buang saka keturunan , Pagar ghaib rumah/kebun/pejabat/sekolah
Mudah jodoh,Bisnes, Hutang, Penyakit zahir dan pelbagai masalah kehidupan.

RAWATAN KHUSUS
ILAHIAH PENYUCI JIWA
Anda yang sering gagal dalam kehidupan,masalah berat silih berganti,sempit rezeki, sukar mendapat kerja, dibenci, dihina, dimusuhi, kurang yakin pada diri sendiri.

KUBRO PELARISAN
Insyallah laris segala usaha samada perseorangan/perniagaan. Menarik 4 penjuru alam.

PAUTAN KASIH
Merukun serta mengharmoni rumahtangga, pemisah hubungan gelap suami/isteri,memikat lawan jenis, mendapat simpati orang, disayangi teman,keluarga dan majikan.

PERAWAN MAHLIGAI 
Sangat sesuai untuk si isteri yang inginkan perawan seumur hidup agar dapat membahagiakan suami. 

MAJRO ZURIAT 
Membantu para isteri yang sukar menimang cahaya mata.
 
MAJRO SIHAT 
Membantu para merokok ada niat untuk berhenti merokok.
 
MAJRO ROHANI 
Membantu ke arah kesempurnaan dari sifat negatif kepada yang lebih positif . Anak/suami/isteri
 
PASAK BUMI 
Memagar ghaib ( mengikut niat pemilik) rumah/kedai/kebun/pejabat dari gangguan makhluk halus/jin, manusia , binatang dan sebagainya.
 
PENGISIAN TENAGA
Pelbagai batu permata, kayu, senjata untuk tujuan kebaikan.
( Mengikut tujuan pemilik)



************************************

MAKHLUK HALUS MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Yang dimaksudkan dengan makhluk halus itu ialah makhluk yang dicipta oleh Allah swt tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib. Makhluk-makhluk ini ada asal daripada cahaya iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.

Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk-makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertaqwa kepada Allah swt. Dalam surah Al-Baqarah ayat 2-4 Allah berfirman :

Maksudnya :- " Al-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. "

Diantara hikmat Allah menciptakan makhluk-makhluk halus ialah bertujuan:

i) Untuk memperkuat iman seseorang muslim kepada Allah swt, meyakinkan tentang kebesaran dan keagungan Ilahi. Kejadian manusia dapat dilihat dengan mata kasar berbeza dengan makhluk halus. Inilah tanda keagungan Ilahi.

ii) Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

iii) Untuk menguji iman manusia, sejauh mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv) Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.

v) Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah swt mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat daripada Allah swt untuk manusia.

Dalam Al- Quran disebutkan bahawa makhluk-makhluk halus itu mempunyai sifat dan tabiat yang bermacam-macam. Ada yang cerdik, ada yang bodoh, ada yang lalai dan ada yang lemah. Ada yang kafir dan yang berkelakuan sempurna dan sangat baik pendiriannya. Ini disebutkan dalam surah al-Jinn ayat 11 :

Maksudnya:- " Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada pula yang tidak demikian.Adalah kami menempuh jalan yang berbeza."


KENALI JIN
Imam At-Tabrani telah meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya bahawa Rasulullah saw telah bersabda :-

Maksudnya: " Jin itu ada 3 golongan. Satu golongan mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu golongan lagi berpindah dan bertempat."Karenah Jin yang berbagai-bagai
Jin merupakan satu makhluk daripada Allah swt yang tidak berjasad seperti manusia,oleh itu agak sulit untuk kita mengenalinya secara yang lebih jelas kerana jin juga pandai menipu manusia.
Sekiranya kita tidak berhati-hati, akan terpedaya olehnya termasuk juga mereka yang terlibat dengan pengubatan tetapi tidak menguasai ilmu syariat Ialam yang kukuh, tidak memahami al-Quran dan As-sunnah.
Oleh itu, dalam masyarakat Islam khususnya di Malaysia, persoalan jin menjadi semakin bercelaru, tahyul, amalan khurafat, bida'ah dan sebagainya.
Masyarakat Islam pula mudah mempercayai kata-kata dukun atau pawang sehingga menjadi lebih bercelaru dalam fahaman pegubatannya. Pecah belah, permusuhan sesama sendiri berleluasa.


RUH DAN PENGUBATANNYA.
Dalam perawatan serta perubatan Islam sangat menekankan tentang masalah ruhatau boleh disebut sebagai jiwa rohani atau spiritual dalam menyelesaikan masalah penyakit manusia.
Hal ini adalah disebabkan bahawa hakikat manusia itu sendiri bukanlah badan semata-mata tetapi yang lebih penting lagi adalah ruhnya,, kerana manusia adalah unsur jasad dan ruh.
Kebanyakan masalah keruntuhan akhlak sama ada anak-anak, suami isteri, individu tertentu semuanya berkait rapat dengan masalah rohani, maka pengubatannya adalah ayat-ayat al-Quran, al-Sunnah atau doa-doa khusus sebagai satu tenaga gelombang penyembuhan rahmat Ilahi.
Jasad manusia akan rosak tetapi ruhnya terus hidup di sisi Allah samada ruhnya bahagia atau terseksa.
Terdapat banyak ayat al-Quran mengenai masalah ini antaranya :-
Surah Ali Imran-169 maksudnya : " Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."

Surah Al-Baqarah- 154 bermaksud: " Janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur mati di jalan Allah sebagai mereka itu mati, bahkan sebenarnya mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya."

Lihat juga dalam surah Ali Imran ayat 170 dan 171, surah Yasin ayat 27,28 dan 29, dan surah Al-Mukminin ayat 46. Ini adalah sebahagian sahaja dalam al-Quran, terdapat banyak ayat lain yang membawa maksud yang sama bahawa manusia itu hidup di sisi Allah swt.

Tujuan Pusat Rawatan Qalbun Asrar menjelaskan ayat-ayat berhubung dengan kewujudan kehidupan ruh manusia adalah bagi membuktikan bahawa akan berlaku pengubatan terhadap ruh( spiritual ) atau disebut jiwa rohani. Maka pengubatan terhadap ruh jiwa rohani semasa manusia masih hidup adalah sangat penting dan sangat berkesan.

Contoh pengubatan terhadap anak-anak nakal, keras hati, malas belajar, masalah pergaulan, mat rempit dan sebagainya, masalah suami isteri, suami panas baran, suami curang, masalah hutang tak dibayar, masalah gangguan makhluk halus,sihir,santau,ilmu hitam, pukau, saka dan sebagainya sangat berhubung rapat dengan masalah ruh ( spiritual ) atau jiwa rohani.

Semua ini bukan masalah penyakit jasmani yang bolah diubati oleh perawatan moden tetapi ia adalah perubatan ruh yang diajar oleh Allah dan Rasulnya melalui perawatan Islam.

...Anda adalah penyembuhan sebenar diri anda
Penyembuhan mutlak milik Allah swt..







Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer